fbpx

Kane cipta magis pecah tiga rekod UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (tengah) muncul pemain England paling banyak menjaringkan gol di pentas Eropah, memadam rekod dipegang Rooney. - AFP

MUNICH – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane mencipta sejarah tersendiri selepas meledak empat gol ketika membelasah jaguh Croatia, Dinamo Zagreb pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Allianz Arena awal pagi semalam.

Empat gol Kane dalam aksi pembukaan saingan tertinggi Eropah itu hadir menerusi tiga sepakan penalti (m-20, m-73, m-78) dan satu daripada permainan terbuka pada minit ke-57.

Kecemerlangan itu menyaksikan Kane kini bergelar pemain England paling banyak jaringan di pentas Eropah dengan 33 gol dalam 45 perlawanan, memecahkan rekod dipegang Wayne Rooney iaitu 30 gol.

Bintang berusia 31 tahun itu turut menjadi pemain England pertama menyumbat empat gol di pentas UCL selain menjadi pemain pertama dalam sejarah UCL meledak hatrik melalui sepakan penalti.

“Apabila anda berjaya memecahkan rekod Wayne Rooney, ia bermakna anda menjalankan tugas dengan baik kerana beliau seorang pemain terhebat pernah dilahirkan oleh England.

“Ini salah satu pengiktirafan terbaik dalam karier dan saya akan mengingati bola ini. Mungkin rakan-rakan sudah penat untuk menurunkan tandatangan di atas bola ini tetapi mereka perlu membiasakan diri,” kata Kane.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany mengakui gembira dengan prestasi Kane yang meledak empat gol di mana ia adalah kemenangan kedua terbesar dalam sejarah UCL.

“Sembilan gol mungkin hanya kebetulan tetapi ia sesuatu yang menyeronokkan. Semangat pemain cukup baik dan ia meningkatkan motivasi kami,” kata Kompany.

Bintang baru Bayern yang dibeli daripada Crystal Palace musim ini, Michael Olise turut cemerlang apabila meledak dua gol, manakala baki tiga lagi jaringan dihasilkan oleh Raphael Guerreiro, Leroy Sane dan Leon Goretzka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI