fbpx

3,600 bahan kimia pembungkus makanan ditemui dalam badan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail bertarikh 8 Oktober 2012 menunjukkan pekerja syarikat pengeluar pembungkusan makanan logam bekerja pada barisan tin yang ditutup dengan pengilat di Massily, Perancis. - AFP

ZURICH, SWITZERLAND – Lebih 3,600 bahan kimia yang digunakan dalam pembungkusan atau penyediaan makanan telah dikesan dalam tubuh manusia, dengan sebilangan daripadanya berbahaya kepada kesihatan, demikian menurut satu kajian yang diterbitkan semalam.

“Kira-kira 100 daripada bahan kimia itu dianggap sebagai ‘kebimbangan tinggi’ kepada kesihatan manusia,” kata pengarang utama kajian, Birgit Geueke dari Yayasan Forum Pembungkusan Makanan yang berpangkalan di Zurich.

Ujar Geueke, sesetengah bahan kimia tersebut dikaji dengan agak baik dan telah ditemui dalam badan manusia seperti PFAS dan bisphenol A. Kedua-duanya dilarang digunakan.

“Namun, hanya sedikit yang diketahui tentang kesannya kepada kesihatan manusia,” kata Geueke kepada AFP.

Para penyelidik sebelum ini mendokumenkan sekitar 14,000 bahan kimia sentuhan makanan (FCC) yang mampu ‘berhijrah’ ke dalam makanan daripada pembungkusan yang diperbuat daripada plastik, kertas, kaca, logam atau bahan lain.

Ia juga boleh datang dari bahagian lain dalam proses membuat makanan seperti dari tali pinggang penghantar atau peralatan dapur.

Penyelidik kemudian mencari bahan kimia itu dalam pangkalan data bio pemantauan sedia ada dan menjejakinya dalam sampel manusia.

“Kami menjangkakan untuk menemui beberapa ratus FCC. Sebaliknya, kami terkejut apabila menemui 3,601 iaitu satu perempat daripada semua FCC yang diketahui,” tambahnya.

Antara bahan kimia ‘kebimbangan tinggi’ yang banyak ditemui ialah PFAS, juga dikenali sebagai bahan kimia selama-lamanya. Ia dikesan di banyak bahagian badan manusia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan.

Turut dikesan ialah bisphenol A iaitu bahan kimia yang mengganggu hormon serta digunakan untuk membuat plastik yang telah diharamkan daripada botol bayi di banyak negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI