fbpx

Keselamatan penerbangan kunci keutamaan CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASBI (tengah) melakukan gimik pelancaran Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia 2024 anjuran CAAM di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan melalui Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berikrar meneruskan usaha dan kerjasama dalam memastikan keselamatan penerbangan sebagai kunci keutamaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia termasuk pelaksanaan keselamatan yang berkesan serta aktiviti pengurusan keselamatan, bergabung tenaga dan berkongsi maklumat keselamatan serta memupuk budaya keselamatan yang kukuh dan positif.

Menurutnya, langkah tersebut penting dalam mengekalkan dan meningkatkan standard keselamatan dalam industri penerbangan.

“Kementerian menyokong pendekatan menyeluruh untuk meningkatkan pengawasan keselamatan penerbangan, termasuk kapasiti bangunan dan latihan, bantuan teknikal dan sokongan kawal selia.

“Seterusnya, pemantauan keselamatan yang berterusan, selain latihan dan pendedahan terhadap kesedaran keselamatan, pelaburan dalam teknologi canggih serta infrastruktur maju dan kukuh dalam mekanisme perkongsian maklumat,” katanya ketika berucap pada Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia 4 (MASS’24) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam memberikan keutamaan terhadap keselamatan, ia turut memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Justeru, CAAM perlu meneruskan pembangunan keupayaan yang diperlukan untuk meningkatkan keselamatan, kapasiti serta membenarkan pihak berkepentigan ini untuk menangani cabaran serantau dan global,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Hasbi berkata, Kementerian Pengangkutan melalui CAAM juga akan menyumbang dan membantu berkaitan latihan keselamatan, program pengawasan keselamatan dan perkongsian aktiviti bersama negara Asia Pasifik dan ahli negara Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk menyokong kepimpinan dan bimbingan ICAO dalam mencapai pertumbuhan mampan terhadap sistem penerbangan awam global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI