fbpx

Amerika lancar kapal selam ‘kelamin’ pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail kapal selam USS New Jersey. - Foto Tentera Laut AS

WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mentauliahkan sebuah kapal selam baharu pada Sabtu lalu yang  menempatkan anggota tentera lelaki dan wanita, lapor portal berita Fox News.

Kapal selam USS New Jersey sepanjang 377 meter itu ditauliahkan dalam satu majlis di Pangkalan Tentera Laut Earle, Middletown, New Jersey.

“Saya kagum  dengan apa yang telah kita  capai,” kata Pegawai Pemerintah,Komander Steve Halle bercakap kepada kru kapal selam itu.

Kapal selam berkuasa nuklear itu mempunyai hampir 135 kru dan yang pertama direka untuk mempunyai anggota tentera lelaki serta  wanita. 

Apabila Tentera Laut menarik balik larangan ke atas kru wanita dalam kapal selam pada 2010, muncul kebimbangan tentang tempat tinggal yang terlalu sempit dan kekurangan privasi.

Ia mendorong Tentera Laut untuk melakukan pengubahsuaian dan memperuntukkan bilik air untuk anggota tentera wanita. 

Kapal selam itu direka untuk menempatkan anggota tentera lelaki dan wanita dari awal dengan menyediakan peningkatan privasi di bilik air dan kawasan tidur, kata Komander Kapal Selam Angkatan Atlantik, Laksamana Madya, Robert Gaucher kepada portal berita NorthJersey.com. 

Akses kepada tingkat atas juga direka dengan mengambil kira ketinggian, jangkauan dan kekuatan wanita.

Kapal selam berkuasa nuklear itu secara tidak rasmi digelar ‘Jersey Girl’ dan ruang dalamannya dihiasi dengan poster dan memorabilia yang mewakili negeri New Jersey, termasuk gitar yang ditandatangani oleh penyanyi rock, Jon Bon Jovi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI