fbpx

Peniaga komestik penganjur skim pelaburan ‘Jual Beli Due Kutu’ diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BESUT – Seorang peniaga produk komestik ditahan polis semalam kerana disyaki menjadi dalang dalam skim pelaburan tidak wujud dikenali sebagai ‘Jual Beli Due Kutu’ yang setakat ini melibatkan kerugian RM 151,945.

Wanita berusia 31 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja di sini pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati suspek telah menawarkan skim pelaburan tidak wujud itu sejak bulan April tahun lalu.

“Modus operandi digunakan ialah menawarkan skim pelaburan, ‘Jual Beli Due Kutu’ itu kepada mangsa sasaran menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kebanyakan mangsa skim pelaburan tidak wujud itu terdiri daripada kenalan dan pelanggan produk komestik suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, siasatan awal mendapati wanita tersebut menawarkan keuntungan berganda bagi setiap pelaburan diterima daripada pelabur.

Jelas beliau, suspek menjanjikan keuntungan sekurang-kurangnya RM50 bagi setiap minimum RM500 wang yang dilaburkan.

“Suspek dipercayai mengarahkan pelabur membuat pembayaran ke dalam empat akaun bank miliknya selain secara tunai,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI