fbpx

[VIDEO] Ahli kumpulan GISBH beristeri tiga mengaku tidak salah ugut wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD RIZA menutup muka ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini.

PUTRAJAYA – Seorang lelaki beristeri tiga yang juga ahli kumpulan GISB Holdings Sdn. Bhd (GISBH) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita yang juga bekas ahli organisasi itu.

Bagaimanapun tertuduh Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia, 25, dengan mengeluarkan kata-kata “kita tunggu…kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga”.

Kata-kata itu dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada mangsa yang enggan menarik laporan polis yang dibuatnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah tempat letak kenderaan sebuah kompleks pejabat di Presint 4 di sini pukul 10 malam pada 9 September lalu yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding pendakwaan dikendalikkan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sabri Othman manakala tertuduh diwakili peguam Zulfikri Ulul Azmin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu pengadu. Tarikh 18 Oktober ditetapkan sebutan semula kes.

Semalam Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pertuduhan terhadap suspek dari Kumpulan GISBH di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 172 daripada 402 kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam serbuan Op Global di 20 buah rumah amal disyaki dieksploitasi sehingga menyebabkan terdapat kecederaan fizikal, emosi.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 10 kanak-kanak juga dihantar ke rumah pelindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan autisme. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI