fbpx

800,000 pelancong Thailand masuk ke Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUDDIN (tengah) semasa merasmikan Pesta Tanglung Kelantan di Dewan Perniagaan Cina, Kota Bharu malam tadi.

KOTA BHARU – Seramai 800,000 pelancong dari Thailand masuk ke Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 bermula Januari hingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md. Noor berkata, data tersebut diperoleh daripada statistik Jabatan Imigresen.

Menurutnya, kesemua pelancong itu masuk melalui tiga pintu utama sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan iaitu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Bukit Bunga.

“Ramai yang melaporkan hanya rakyat Malaysia berkunjung ke Thailand, tetapi Kelantan merekodkan seramai 800,000 pengunjung dari negara berkenaan masuk ke sini dalam tempoh enam bulan.

“Angka itu amat mengejutkan. Itu baru membabitkan pintu sempadan, belum lagi kemasukan melalui lapangan terbang, bas dan kereta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Kelantan di Dewan Perniagaan Cina, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamarudin memberitahu, seramai 1.5 juta pelancong direkodkan memasuki negeri ini sempena TMK 2024 sehingga 30 Jun lalu.

Katanya, sehubungan itu, beliau yakin sasaran 3 juta pelancong pada penganjuran TMK 2024 mampu dicapai sehingga akhir tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Kamarudin berkata, kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang ke kawasan yang lebih strategik pada masa hadapan.

Katanya, ini kerana lokasi yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong itu berhampiran dengan kediaman penduduk kampung.

“Proses kajian mengenai perkara itu sedang dilaksanakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI