fbpx

Anwar mahu persediaan mantap sebelum Malaysia mempengerusikan ASEAN 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya semalam. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan setiap kementerian perlu melakukan persediaan yang mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.

Katanya, Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.

“Berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas selaku pengerusi daripada Laos, saya tekankan keperluan untuk setiap kementerian lakukan persediaan yang mantap serta menyeluruh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu, Anwar hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya.

Sebelum ini, media melaporkan Laos akan menyerahkan jawatan Pengerusi ASEAN 2025 kepada Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung bermula 8 hingga 11 Oktober depan.

Malaysia pernah memegang jawatan Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI