fbpx

Masyarakat India sokong Syed Hussein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
R.RAJANDRAN (berdiri) ketika memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat India yang hadir dalam majlis di Balai Raya Jalan Padang Tembak malam tadi.

KLUANG – “YB Syed Hussien,” demikian sapaan masyarakat India di Jalan Padang Tembak di Kluang sebaik sahaja calon Barisan Nasional (BN) itu datang menemui mereka dalam siri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota malam tadi.

Kehadiran kira-kira 200 masyarakat India itu jelas menggambarkan penerimaan mereka terhadap calon yang ditawarkan UMNO-BN untuk mengekalkan kerusi yang disandang oleh Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain sebelum ini.

Ketua MIC Jalan Padang Tembak, R.Rajandran berkata, walaupun Syed Hussien belum lagi diangkat sebagai wakil rakyat bagi Dun Mahkota namun panggilan Yang Berhornat (YB) sudah pun diletakkan kepada beliau.

Katanya, panggilan itu jelas menggambarkan bahawa sokongan pengundi dari parti MIC Cawangan Jalan Padang Tembak ini diyakini akan benar-benar menjadi kenyataan.

“Kami mengenali beliau daripada seorang Ketua Pemuda UMNO hingga menjadi Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

“Ketika itu pun ramai penduduk masyarakat India di sini sudah memanggilnya sebagai ‘YB’ kerana perkhidmatannya yang cemerlang kepada masyarakat disini,” Katanya selepas majlis bertemu masyarakat India di Balai Raya Jalan Padang Tembak malam tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI