fbpx

Otak lelaki berdarah selepas dengar muzik kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sejumlah orang menari ketika memakai fonkepala. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang lelaki Chhattisgarh, India mengalami pendarahan otak setelah  mendengar bunyi muzik yang kuat, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.

Doktor kemudian memberitahu bahawa muzik yang kuat sebagai punca pesakit berkenaan mengalami pendarahan otak. 

Kes lelaki berusia 40 tahun itu yang tidak mempunyai sejarah perubatan sebelum ini seperti tekanan darah tinggi atau komplikasi kesihatan lain, mengetengahkan potensi risiko kesihatan berkaitan pendedahan berpanjangan kepada bunyi bising.

Menurut akhbar Times of India, kejadian itu berlaku minggu lalu ketika Sanjay Jaiswal, seorang penduduk daerah Balrampur di Chhattisgarh, sedang membantu memuatkan peralatan ke dalam kenderaan deejay.

Dia berasa pening dan memutuskan untuk pulang ke rumah. 

Bagaimanapun, lewat petang hari yang sama, keadaannya semakin teruk, dan dia mula mengalami sakit kepala serta muntah.

Keesokan paginya, Jaiswal mendapatkan bantuan perubatan di Kolej Perubatan Kerajaan Ambikapur.

Seorang pakar, Dr, Shailendra Gupta mendapati terdapat darah  beku pada bahagian belakang otak Jaiswal.

Pemeriksaan Tomografi Berkomputer (CT) mendapati terdapat saluran darah yang pecah.

Tekanan darah pesakit itu  adalah  normal.

Jaiswal akhirnya mengaku dia berdiri begitu dekat dengan pembesar suara deejay ketika pertama kali mengalami pening. 

Pendedahan itu menyebabkan doktor mengesyaki bahawa bunyi yang kuat itu mencetuskan pendarahan otak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI