fbpx

Mediu tawar biasiswa khas kepada pelajar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mediu yang ditubuhkan sejak tahun 2007 telah memiliki lebih daripada 3000 pelajar.

PETALING JAYA –  Al-Madinah International University (Mediu) menawarkan dua biasiswa khas untuk pelajar Malaysia menyambung pengajian di universiti antarabangsa itu bagi pengambilan September ini.

Timbalan Ketua Eksekutifnya, Prof Madya Dr. Omar Muhammad Din berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf digalakkan untuk memohon biasiswa penuh itu termasuk yuran pengajian dan penginapan ditawarkan bagi Program Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Menurut beliau, bagi program ijazah, universiti berkenaan menyediakan biasiawa yuran pengajian sepenuhnya bagi program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Al-Quran dan Ulumul Quran, Tafsir dan Pengajian Qiraat.

“Keseluruhan program dan kursus yang ditawarkan adalah diakreditasi penuh oleh Pihak Berkuasa Akreditasi Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

“Sementara itu, kaedah pembelajaran adalah melalui dua cara iaitu secara bersemuka di kampus utama universiti di Desa Petaling dan secara maya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Permohonan untuk biasiswa ini akan ditutup pada 22 September.

Mediu yang ditubuhkan sejak 2007 dan beroperasi di Shah Alam sebelum berpindah ke Kampus Utama di Desa Petaling pada 2018.

Ketika ini, universiti ini memiliki 3,500 pelajar yang mana 2,800 pelajar mengikut pengajian secara maya dengan majoriti pelajar antarabangsa mencecah 70 peratus.

Bagi kaedah pembelajaran di kampus, ia membabitkan seramai 700 pelajar dengan majoriti pelajar tempatan sebanyak 65 peratus. 

Mediu yang ditubuhkan hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi adalah universiti berkonsep wakaf yang ketika itu dikenali universiti maya atau dalam talian sebelum memulakan pengajian dalam kampus pada 2010. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI