fbpx

[VIDEO] ‘YouTuber’ terkenal, IShowSpeed tercekik makan Musang King sekali biji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang merakam detik cemas tersebut.

PETALING JAYA – Pencipta kandungan YouTube, IShowSpeed mengalami detik mencemaskan apabila dia tercekik ketika menikmati durian Musang King dalam satu sesi siaran langsung.

Selebriti terkenal dari Amerika Syarikat itu dilihat makan durian berserta bijinya sebelum mengalami insiden tercekik.

Difahamkan, dia berkunjung ke Malaysia adalah sebagai destinasi pilihan siri jelajahnya melawati negara di Asia Tenggara.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mengingatkannya agar sentiasa makan dengan perlahan selain menjelaskan cara yang betul menikmati durian.

Ini kerana, IShowSpeed terkenal dengan sikap yang terlebih teruja sehingga kadang kala ia membahayakan dirinya sendiri.

Semakan Kosmo! pada video terdahulu yang dikongsikan pencipta kandungan itu, dia pernah beberapa kali tercekik ketika makan kerana terlalu teruja.

“Kita hampir sahaja kehilangan IShowSpeed. Makan durian bukan itu caranya, biji orang tak telan,” pesan Angelll.

Selain durian, IShowSpeed juga juga tidak melepaskan peluang mencuba Super Ring yang menjadi jajan popular di Malaysia.

“Ini adalah yang terbaik,” kata IShowSpeed. – KOSMO! ONLINE

@cemboyy2 tercekik member makan durian😭#ishowspeed #speedinmalaysia ♬ original sound – cem

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI