fbpx

Ruslin Jusoh dilantik KP AADK baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruslin.

KAJANG – Datuk Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut Unit Media dan Komunikasi Korporat AADK, pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu.

Ruslin menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang bertukar ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi).

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1995.

“Ruslin juga pernah memegang jawatan utama antaranya Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Daatas pelantikan ini.

“AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI