fbpx

Banjir Kedah: 675 mangsa dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan rumah penduduk di Kampung Padang Luar dalam mukim Pelubang, Jitra yang dilanda banjir, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Seramai 675 penduduk daripada 159 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di negeri ini setakat pukul 5 petang ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, empat daerah yang terjejas adalah Pokok Sena, Pendang, Kulim dan Kubang Pasu.

Katanya, seramai 255 mangsa ditempatkan di dua PPS di Pokok Sena, diikuti 187 mangsa di satu PPS di Pendang, 134 mangsa di tiga PPS di Kulim dan 99 mangsa di tiga PPS di Kulim.

“Daripada keseluruhan mangsa, 236 ialah lelaki dewasa; 268 perempuan dewasa; kanak-kanak lelaki (84 orang), kanak-kanak perempuan (71 orang) dan masing-masing lapan bayi lelaki dan perempuan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri memaklumkan, 15 lokasi dinaiki air di Kubang Pasu antaranya Kampung Padang Panjang, Kampung Biak, Kampung Lubuk Ipoh, Kampung Changkat Setol dan Kampung Nangmah.

Dalam pada itu, sembilan kampung di Sik dan Bandar Baharu turut terjejas, namun tiada PPS dibuka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI