fbpx

Fazura mohon cerai secara baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura dan Fattah

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Nur Fazura telah memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Itu merupakan permohonan yang difailkan oleh Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Jumaat lalu.

Menurut sumber, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Tambahnya, tarikh sebutan bagi permohonan cerai secara baik itu masih belum ditetapkan.

Pada ketika ini juga, tidak dapat dipastikan sama ada Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, telah melantik peguam syarie ntuk mewakili dirinya dalam permohonan cerai itu.

Selain itu, sumber turut menyatakan, peguam syarie yang mewakili Fazura kini berada di luar negara dan hanya akan membuat kenyataan apabila pulang ke tanah air kelak.

Minggu lalu, media melaporkan Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin di Mahkamah Syariah Petaling dan perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus pelakon wanita itu, Iman Tang sewaktu dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI