fbpx

EPL: ‘Ketakutan’ Vicario punca Spurs bolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: VICARIO bolos sebanyak 13 kali sepanjang saingan tahun ini menerusi sepakan penjuru apabila sering membuat keputusan yang silap dalam berdepan situasi itu. - AFP

LONDON – Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Glenn Hoddle menyelar prestasi yang dipamerkan penjaga gol kelab itu, Guglielmo Vicario dan menyifatkan pemain itu tidak mempunyai kemampuan untuk menguasai kotak penaltinya sendiri.

Pertemuan menentang Arsenal kelmarin menyaksikan Spurs mengalami kekalahan 0-1 sekali gus menjadi kekalahan ketiga berturut-turut pasukan itu di tempat sendiri dalam aksi derbi London.

Tandukan Gabriel Magalhaes yang menerima umpanan hasil sepakan penjuru berjaya membocori gawang yang dikawal Vicario menyebabkan Hoddle meletakkan kesalahan terhadap benteng terakhir Spurs itu.

“Nalurinya sendiri sentiasa untuk berundur ke belakang, dia tidak berani untuk keluar cuba menangkap atau menumbuk bola itu keluar.

“Arsenal menyedari kelemahan Spurs, mereka cuba mendapatkan sebanyak mungkin situasi bola mati terutama menerusi sepakan penjuru kerana Vicario terlalu lemah untuk berdepan keadaan seperti itu.

“Dia adalah penjaga gol yang baik, tetapi dia perlu menjadi lebih fizikal dengan memberikan saingan kepada pemain lawan di dalam kawasan yang dia memiliki kelebihan. Selagi dia tidak berani mencubanya, Spurs akan terus berdepan masalah dalam situasi tersebut,” kata Hoddle.

Rekod bolos menerusi situasi bola mati agak meresahkan Spurs apabila sepanjang aksi tahun ini mereka sudah melepaskan 16 gol dan lebih membimbangkan Postecoglou, 13 daripadanya adalah menerusi sepakan penjuru. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI