fbpx

Rabiot, Marseille hampiri kata sepakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RABIOT

MARSEILLE – Masa depan pemain tengah antarabangsa Perancis, Adrien Rabiot akhirnya terjawab selepas bersetuju dengan tawaran untuk berhijrah ke pasukan Ligue 1, Olympique Marseille pada minggu ini.

Marseille dalam satu kenyataan mengesahkan sudah menemui kata sepakat untuk menandatangani khidmat Rabiot secara percuma selepas kontraknya dengan Juventus berakhir pada Jun lepas.

“Pihak pengurusan boleh sahkan kami sudah bersetuju dengan Rabiot untuk menjadi pemain baharu pasukan pada musim ini. Namun, segalanya bergantung dengan penilaian ujian kecergasan yang dilakukan nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Rabiot yang baru berusia 29 tahun menjadi salah seorang pemain bertaraf bintang yang gagal memikat mana-mana kelab gergasi Eropah sewaktu jendela perpindahan ditutup pada 30 Ogos lepas.

Beberapa pasukan terkemuka seperti Manchester United dikaitkan untuk menandatangani khidmat Rabiot selain Juventus yang menawarkan kontrak lanjutan kepada bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) itu.

Sebelum ini, ibu kandung Rabiot yang juga ejen peribadi kepada Rabiot, Veronique pernah mengesahkan perbincangan bersama United telah dilakukan sejak dibimbing Ole Gunnar Solskjaer sehingga zaman Erik Ten Hag ketika ini.

“United tidak pernah serius untuk mendapatkan khidmat Rabiot meskipun kami pernah berbincang beberapa kali sebelum ini. Juventus pula mahu melanjutkan kontrak Rabiot sejak Jun lepas tetapi pintu kami sudah tertutup untuk mereka,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI