fbpx

Bundesliga: Kompany tak minat Goretzka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GORETZKA hanya membuat penampilan selama satu minit bersama Bayern selepas empat perlawanan yang dilalui pasukan itu musim ini. - AFP

MUNICH – Pengarah Sukan Bayern Munich, Max Eberl mengakui pemain tengah pasukan itu, Leon Goretzka sedang berdepan kekecewaan selepas tersisih daripada skuad yang kini dibimbing oleh Vincent Kompany.

Pemain tersebut tidak berada dalam skuad Bayern ketika pasukan itu merekodkan kemenangan 6-1 ke atas pendatang baharu, Holstein Kiel sebelum ini, malah dia juga terlepas aksi Piala DFB-Pokal menentang SSV Ulm.

Biarpun memiliki pengalaman dan dianggap tonggak penting Bayern sebelum ini, Kompany dilihat tidak begitu berminat untuk menggunakan khidmat Goretzka dan lebih mempercayai khidmat pemain lain di posisi tersebut.

“Kami berkomunikasi dengan baik sejak awal. Leon tahu jurulatih lebih gemar menggunakan khidmat Pavlo (Aleksandar Pavlovic), pemain baharu Joao Palhinha dan Joshua Kimmich juga lebih banyak beroperasi di bahagian tengah.

“Ia adalah mengenai persaingan. Kami menjelaskan kepada Leon bahawa dia perlu bersedia untuk menghadapi cabaran dan apabila dia sudah siap, peluang itu akan hadir untuknya.

“Leon adalah seorang lelaki yang hebat. Saya benar-benar menyukainya, walaupun dia sangat kecewa ketika ini. Saya memahaminya, tetapi ini adalah senario dalam bola sepak,” jelasnya.

Goretzka berjaya membuat 222 penampilan dalam semua kejohanan untuk Bayern sejak berhijrah dari Schalke pada 2018.

Dia berjaya meledak 40 gol dan mencipta 46 umpanan jaringan di Allianz Arena dengan meraih lima gelaran Bundesliga dan trofi Liga Juara-Juara, namun rekod tersebut tidak membuatkan Kompany teruja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI