fbpx

ACLE: JDT mahu buka langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDOGLIO percaya JDT sudah berada pada tahap terbaik untuk berdepan Shanghai Port dengan reputasi yang dimiliki. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu membuka tirai Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) menentang kelab China, Shanghai Port di Stadium Bola Sepak Pudong dengan kemenangan.

Pengendali berusia 56 tahun ini akui ia bukanlah tugas yang mudah, namun optimis anak-anak buahnya mampu melaksanakan tugas dengan baik dan membawa pulang tiga mata.

Katanya, skuad Harimau Selatan itu juga dilihat telah bersedia dan tidak sabar untuk beraksi menentang skuad The Red Eagles pada aksi sulung kejohanan terbesar Asia itu.

“Saya menjangkakan ia satu cabaran yang hebat, pertembungan yang dinamik dan penuh intesiti. Pastinya aksi di peringkat antarabangsa itu berbeza dengan liga tempatan, transisinya mungkin lebih pantas.

“Bagaimanapun, JDT juga tidak kurang hebatnya, kami berada dalam keadaan terbaik dengan momentum kemenangan yang dimiliki dan sudah bersedia berdepan pasukan yang kuat seperti Shanghai Port.

“Sudah pasti kami idamkan berada di landasan yang betul, kejohanan ACLE ini amat penting buat kami dan bertekad untuk berikan yang terbaik bagi menjamin kemaraan ke peringkat seterusnya,” katanya.

JDT dilihat bersedia menghadapi kejohanan itu setelah memperkuatkan pasukan dengan kehadiran beberapa pemain baharu seperti Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Jorge Obregon, Christian Amat dan Park Jun- Heong.

Dalam pada itu Bidoglio berkata, JDT akan kekal dengan falsafah permainan yang diterapkan dengan mempamerkan corak menyerang dalam usaha merobek gawang tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI