fbpx

UCL: Man. City waspada dendam final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY turun dengan motivasi yang cukup baik selepas mencatat kemenangan pada aksi menentang Brentford sebelum bersiap menentang Inter. - FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish percaya mereka akan berdepan aksi berbeza menjelang sepak mula Liga Juara-Juara (UCL) menentang Inter Milan di Stadium Etihad awal pagi esok.

Pertemuan kedua-dua pasukan pastinya akan mengimbau kembali aksi final UCL di Istanbul, Turkiye tahun lalu di mana City muncul juara selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Juara Serie A itu.

Grealish berkata, dia tidak sabar untuk bertemu Inter pada aksi sulung UCL musim ini, lebih-lebih lagi saingan 2024/25 menggunakan format liga, berbeza dengan aksi peringkat kumpulan seperti kebiasaan.

Menjelang perlawanan itu, The Citizens dianggap berada dalam keadaan lebih selesa dan memiliki kelebihan kerana beraksi di laman sendiri selain masih segar dengan kemenangan 2-1 ke atas Brentford Sabtu lalu.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang sangat istimewa kerana kali terakhir kami bertemu mereka adalah di mana City berjaya melengkapkan kemenangan trebel, hari paling bermakna dalam hidup kami.

“Sudah tentu saya sangat gembira untuk bertemu semula dengan mereka. Apa yang pasti, perlawanan akan lebih berbeza tetapi kami tetap menggalas misi sama, iaitu untuk mencatat kemenangan,” kata Grealish.

Setakat ini, City memulakan kempen 2024/25 dengan penuh bergaya apabila mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam empat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea, Ipswich Town, West Ham United dan Brentford.

Justeru, mereka dijangka mampu mengekalkan rentak cemerlang itu ketika melayan kunjungan Inter biarpun pengurus, Pep Guardiola mengakui anak-anak buahnya berada dalam keadaan penat kerana mengharungi jadual padat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN