fbpx

Hujan, ribut petir badai 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di tujuh negeri sehingga lewat petang ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, MetMalaysia berkata, antara negeri terlibat ialah Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Pahang, ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan pula di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau Jempol dan Tampin.

“Bagi Johor pula, ia melibatkan Tangkak, Segamat dan Muar serta seluruh negeri Melaka. Untuk Sarawak antara kawasan terlibat ialah Miri, Marudi dan Limbang,” katanya.

MetMalaysia memaklumkan, di Sabah, antara kawasan yang terjejas adalah Pedalaman Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan serta Pantai Barat serta Kudat.

“Cuaca sama juga akan melanda seluruh di Labuan dan keadan ini akan berterusan sehingga pukul 7 malam nanti,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI