fbpx

2 wanita OKU terkandas dalam banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika menyelamat dua wanita OKU yang terkandas dalam banjir kilat di Nibong Tebal, hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua wanita yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian banjir kilat di Jalan Bayan Kechil, Taman Nibong Tebal, hari ini.

Kedua-dua mangsa berusia dalam lingkungan 50-an telah dipindahkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal.

Jurucakap bomba negeri berkata, hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat di kawasan perumahan berkenaan dengan kedalaman kira-kira dua kaki (0.6 meter).

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan menyelamat dua mangsa terkandas dalam banjir kilat kira-kira pukul 9.25 pagi tadi.

“Terdapat dua mangsa OKU terkandas di dalam sebuah rumah. Tindakan Anggota Bomba berjaya mengeluarkan mangsa ke tempat lebih selamat.

“Keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan banjir telah beransur surut,” katanya di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, kerja-kerja pemantauan di sekitar kawasan masih dijalankan sehingga kini.

Ketika ini, hujan masih turun di beberapa kawasan dan dilaporkan berlaku kejadian air pasang besar di kawasan nelayan Sungai Batu serta Kampung Nelayan, Teluk Kumbar. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI