fbpx

Trafik sesak 11 kilometer sebelum Plaza Tol Bentong, Gombak masih lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini aliran trafik di Plaza Tol Bentong menghala ke ibu kota di KLK ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak (KLK) dilaporkan sesak lebih 11 kilometer sebelum Plaza Tol Bentong menghala ke ibu kota ketika ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kesesakan tersebut dilaporkan berlaku dari Kilometer (KM) 73.2 hingga ke plaza tol berkenaan.

Jelas LPT, trafik turut dilaporkan sesak selepas Tol Bentong susulan kebakaran kenderaan di KM61.1 arah barat.

“Kenderaan telah dialihkan ke lorong kecemasan. Trafik perlahan (700 meter) dari Plaza Tol Bentong hingga ke lokasi kejadian.

“DI Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) traafik juga perlahan arah barat sepanjang satu kilometer dari KM80.8 hingga Plaza Tol Karak sepanjang, berikutan pertambahan kenderaan,”katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan imej televisyen litar tertutup yang dikongsi di laman sesawang jalanow.com, trafik masih lagi lancar dan terkawal di Plaza Tol Gombak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI