fbpx

Penunggang R15 maut selepas terbabas, terperosok bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan maut dilokasi kejadian selepas dipercayai hilang kawalan dan terjatuh di bawah lori. -Foto JBPM

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan dan terperosok ke bawah lori di Kilometer (KM) 22.2 Lebuh Raya NKVE arah selatan, di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa lelaki tempatan berusia 19 tahun yang menunggang motosikal Yamaha R15 dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa kemudiannya terjatuh di bawah lori yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak kejadian kemalangan.

Penunggang juga dinasihati agar menggunakan lorong motosikal bagi mengurangkan risiko kemalangan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI