fbpx

Pondok nelayan ranap, pukat dihanyut ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan mula mengalihkan barang termasuk pukat daripada dihanyutkan ombak besar di Kampung Sungai Batu, ketika ini.

BALIK PULAU – Kejadian air laut pasang besar yang melanda negeri ini menyebabkan beberapa kawasan berhampiran kawasan pantai di Teluk Kumbar di sini terjejas teruk serta mula dinaiki air, petang ini.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari tadi menyebabkan pondok nelayan rosak teruk manakala pukat turut dihanyutkan ombak.

Penduduk Kampung Sungai Batu, Nur Najwa Najeha Nur Azam Taniyzi, 23, berkata, mereka kini dalam keadaan berjaga-jaga apabila air laut mula naik hingga ke dalam rumah yang terletak berhampiran dengan Pantai Sungai Batu.

Menurutnya, pondok nelayan milik suaminya, Syafizan Mohd. Radzi, 23, turut ranap dipukul ombak manakala pukat telah dihanyut arus deras.

“Memang sangat takut tengok keadaan ombak ketika ini. Selama ini, tak pernah naik sampai ke atas bumbung. Sebelum ini ombak hanya naik di kawasan batu sahaja.

“Pondok nelayan suami memang sudah ranap. Bumbung dan kayu semua sudah patah. Rumah datuk juga sudah dimasuki air,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beritahu Nur Najwa lagi, barangan elektrik termasuk dapur dan mesin basuh turut terjejas dan mereka kini sedang mengalihkan barang di dalam rumah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz dalam satu kenyataan berkata, sebarang aktiviti pantai di kawasan berkenaan amat berbahaya dan tidak dibenarkan.

“Air pasang besar hingga naik ke daratan. Keadaan di Pantai Teluk Bayu ketika ini.
Penempatan aktiviti nelayan juga terlibat sehingga nelayan terpaksa alihkan peralatan tangkapan ikan.

“Mohon kesabaran dan doa semua dalam masa kita diuji dengan ribut, hujan dan cuaca yang tidak menentu.

“Ambil tindakan segera jika ada pertimbangan risiko kemungkinan apa yang akan terjadi dengan keadaan semasa kinI,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI