fbpx

Eksport Halal Malaysia cecah RM55 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Nilai eksport Halal Malaysia pada tahun 2023 mencecah hampir RM55 bilion bagi tahun kedua berturut-turut dengan melepasi paras RM50 bilion.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Kategori Makanan dan Minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport Halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion, meningkat hampir lima peratus berbanding RM27.84 bilion pada 2022.

“Ia diikuti dengan ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal.

“Sungguhpun berdepan dengan cabaran ekonomi global, Alhamdulillah, Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (GIEI).

“Ini merupakan pencapaian kesepuluh tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai peneraju industri ini di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini.

Tambah beliau, produk-produk seperti makanan tambahan, makanan berfungsi (functional foods) dan bahan ramuan juga semakin banyak mencari pengiktirafan halal kerana ia lebih diyakini pengguna dari segi kebersihan dan kualiti.

“Dari sudut perkhidmatan, sektor Kewangan Islam juga telah diterima dan diguna pakai secara meluas atas prinsip perkongsian risiko dan pelaburan berasaskan nilai-nilai Islam seperti keadilan, ketulusan dan tanggungjawab sosial.

“Nilai-nilai tersebut sememangnya selaras dengan prinsip ESG (Environmental, Social & Governance) yang banyak dipromosi oleh negara-negara bukan Islam,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan secara proaktif mendukung industri halal kerana permintaan untuk produk dan perkhidmatan halal global diramalkan mencecah nilai USD5 trilion pada 2030.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI