fbpx

Produk QNET lengkapi gaya hidup pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sistem penapisan air premium, HomePure Nova merupakan salah satu produk keluaran QNET. – IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Rangkaian jualan langsung global, QNET optimis mengeluarkan pelbagai produk untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam usaha membantu meningkatkan ke­sejahteraan hidup pengguna.

Ketua Operasi Serantau, B. Pushpalatha berkata, antara produk yang mendapat sambutan memberangsangkan adalah Amezcua Bio Disc 3, Amezcua Chi Pendant 4 dan Amezcua E-Guard X selain produk gaya hidup, Home Pure Nova, Home Pure Zayn.

Menurut Pushpalatha, produk minuman kesihatan EDG3 Plus juga popular sejak ia diperke­nalkan pada tahun 2022, malah ditambah baik dengan beberapa nutrisi yang membantu meningkatkan imun tubuh.

“Gaya hidup yang tidak menentu memberi kesan kepada tubuh badan, namun ramuan utamanya yang berasaskan kunyit mampu meningkatkan kecergasan sekali gus merangsang sistem imun.

“Ia turut menyahtoksik bahagian dalaman dan kesannya dapat dirasai seawal seminggu selepas penggunaan,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen V-Malaysia QNET 2024 di Pusat Konvensyen Setia SPICE Pulau Pinang, Bayan Baru di sini semalam.

Konvensyen yang berlangsung selama lima hari bermula 12 September lalu itu menghimpunkan kira-kira 8,000 peserta daripada 30 buah negara.

Mengulas lanjut, Pushpalatha memberitahu, produk mendapat sambutan di luar negara pula adalah alat penapisan air ­premium, HomePure Nova.

Jelasnya, produk yang dilengkapi dengan teknologi terkini itu berupaya menghapuskan kekotoran dan mengekalkan mineral semula jadi yang diinginkan oleh tubuh.

Ia juga hadir dengan penapis yang dapat mengurangkan bau dan meningkatkan rasa seterusnya memastikan pengguna menikmati air tulen yang menyegarkan.

“Hasil penyelidikan dan penambahbaikan yang dilaksa­nakan, kita berjaya menyediakan peralatan rumah yang bertek­nologi tinggi kepada pengguna secara langsung,” katanya.

QNET merupakan antara syarikat jualan langsung berasaskan e-dagang terkemuka di Asia yang telah membantu memperkasa jutaan usahawan lebih dari 100 negara.

QNET yang beribu pejabat di Hong Kong beroperasi di lebih 25 negara di seluruh dunia melalui anak syarikat, pejabat cawangan, perkongsian agensi dan peme­gang francais. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI