fbpx

Hanya dua rumah amal GISBH berdaftar JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal tersebut menerusi Op Global

KUALA LUMPUR – Hanya dua daripada 20 buah rumah amal yang diserbu pasukan polis menerusi Op Global didapati berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihak JKM tidak dapat melakukan pemeriksaan berkala terhadap premis itu sekiranya tidak berdaftar.

“Hanya dua sahaja (rumah amal) yang berdaftar daripada 20 (yang diserbu), jadi 18 lagi tidak berdaftar.

“Ini adalah satu kesalahan juga kerana perlu ada kelulusan daripada pihak JKM untuk mengoperasikan sebuah rumah amal,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas beliau, sekiranya pejabat agama negeri ada mengeluarkan kebenaran rumah amal untuk beroperasi, maka ia bukan dibawah tindakan JKM malah perlu merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Hala tuju kita juga kepada perundangan yang lain,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI