fbpx

Industri halal perlu santuni seluruh rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di sini hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Industri halal menyantuni seluruh rakyat bagi merealisasikan Ekonomi Madani dan semangat maqasid syariah

Anwar berkata, perkembangan industri halal memberi gambaran bahawa ekonomi Islam tidak lagi terletak pada institusi kewangan semata-mata.

“Menerusi industri halal kita dapat menyantuni setiap kelompok dan penyertaan lebih meluas seperti petani, nelayan, perusahaan kecil dan sederhana termasuklah kedai-kedai runcit,” katanya.

“Oleh itu, ia mencapai maksud Ekonomi Madani dan semangat maqasid syariah yang mana kita mesti menyantuni hampir keseluruhan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Tambahnya, industri halal telah melebarkan lagi Institusi kewangan.

Anwar berkata, pemimpin negara luar juga menekankan keperluan dan memohon supaya Malaysia memberikan kerjasama dalam industri halal.

“Perkara itu disuarakan oleh pemimpin luar termasuk negara ASEAN, China dan Rusia ketika membuat kunjungan ke sana.

“Mereka mahu bekerjasama bukan sahaja dari segi pensijilan, tetapi juga dari aspek perdagangan dan perkara berkaitan sektor halal,” katanya.

Jelas Anwar, sektor halal juga didorong oleh sektor lain seperti kebersihan dari segi kesihatan dan keaslian yang telah mengangkat produk serta perkhidmatan halal Malaysia ke taraf lebih tinggi.

“Halal sebenarnya bukan semata-mata kepada produk sahaja seperti tidak mengandungi kandungan alkohol dan daging babi.

“Tetapi industri itu kini berkembang termasuk berkaitan soal kesihatan, kebersihan, keberkesanan dan teknologi moden,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah diminta untuk mengetuai pasukan dalam penyelarasan kegiatan tersebut.

“Majlis Pembangunan Industri Halal yang dipengerusikan oleh beliau (Ahmad Zahid) telah mengenal pasti aspek baharu yang belum diterokai sebelumnya.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepasa beliau, Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri ( MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana telah meletakkan Malaysia di tahap yang lebih meyakinkan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI