fbpx

Pengerusi eksekutif GISBH dijangka dipanggil, disekat ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali bagi membantu siasatan dalam Op Global.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut akan dilakukan mengikut keperluan berlandaskan siasatan dijalankan.

Katanya, setakat ini pengurusan tertinggi GISBH masih belum diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Namun, kita telah mengeluarkan perintah larangan kepada mereka dari meninggalkan negara ini sebaik kertas siasatan dibuka kali pertama,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan Op Global juga dijangka menjurus ke arah jenayah terancang namun masih menumpukan pada kertas siasatan yang dibuka pada fasa pertama dan kedua siasatan Op Global.

“Ya, siasatan kita (polis) juga menjurus ke arah itu,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat struktur organisasi yang jelas dalam operasi rumah amal ini.

“Siasatan awal mendapati, rumah amal di bawah syarikat ini akan diuruskan oleh pengurus untuk menyelia beberapa rumah bagi setiap zon.

“Semakan kami mendapati, mereka yang mengendali kanak-kanak ini adalah abang atau kakak yang berusia antara 17 hingga 20 tahun,” jelasnya.

Beliau menambah, kanak-kanak berkenaan juga akan dipindahkan dari satu rumah amal ke lokasi penempatan lain dari satu masa.

“Berdasarkan temubual terhadap mangsa, kita (polis) dimaklumkan mereka tidak duduk satu tempat sahaja tetapi berubah-ubah,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI