fbpx

[VIDEO] Abang Bas bayar ikat jamin RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Bas bayar ikat jamin di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.

MUAR – ‘Abang bas’ yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan termasuk melakukan amang seksual kanak-kanak dibebaskan selepas bayaran jaminan sebanyak RM40,000 dibuat di Kompleks Mahkamah Muar, hari ini.

Pemuda berusia 24 tahun itu pulang ke pangkuan keluarga selepas proses jaminan selesai sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi dengan diwakili Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff.

Lebih 15 ahli keluarga, termasuk ibu dan bapanya telah berada di pekarangan mahkamah seawal pukul 8.30 pagi tadi bagi membawa pulang tertuduh yang telah ditahan sejak 6 September lalu oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang.

Terdahulu, tertuduh didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun dan seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun di Mahkamah Sesyen Muar pada 10 September lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 dan 15 akta sama.

Dia juga didakwa di Mahkamah Batu Pahat atas pertuduhan membuat dan menghantar komen bersifat jelik terhadap video seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan didakwa mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Mahkamah Sesyen Muar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000, manakala Mahkamah Sesyen Batu Pahat menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar jumlah jaminan tersebut susulan menghadapi kekangan kewangan sehingga kakaknya menerusi media sosial Facebook menggunakan nama Zarinah melancarkan kutipan derma bagi mengumpul dana berkenaan.

Wang jaminan tersebut berjaya dikumpul dalam tempoh tiga hari daripada rakyat Malaysia sebelum saluran sumbangan itu ditutup oleh Zarinah.

Tertuduh diperintahkan untuk hadir semula bagi prosiding kes di Mahkamah Sesyen Muar dan Mahkamah Sesyen Batu Pahat pada 10 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI