fbpx

[VIDEO] Min-ho terima lukisan potret daripada peminat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Min-ho teruja dan gembira apabila menerima sebuah lukisan potret wajahnya yang dilukis oleh peminat daripada Malaysia.

PUTRAJAYA – Bintang terkenal Korea Selatan, Lee Min-ho teruja dan gembira apabila menerima sebuah lukisan potret wajahnya yang dilukis oleh peminat daripada Malaysia.

“Saya sangat sukakan lukisan ini, terima kasih,” katanya.

Lukisan potret tersebut dilukis oleh peminatnya Li Fang, 23, yang datang dari Johor semata-mata mahu melihat bintang pujaannya dari dekat.

“Saya sangat terharu dan tidak dapat menggambarkan emosi dengan kata-kata kerana tidak sangka Lee Min-ho akan mengambil lukisan potret saya.

“Saya mengambil masa empat hari untuk menyiapkan lukisan ini dan saya bukanlah pelukis profesional tetapi cuba belajar untuk melukis.

Li Fang, 23, yang datang dari Johor semata-mata mahu melihat bintang pujaannya, Lee Min-ho. – HARYATI KARIM 

“Gambar dalam lukisan tersebut saya ambil inspirasi daripada ‘photobook’ Lee Min-ho,” katanya.

Pelakon yang terkenal dengan drama Boys Over Flowers itu hadir ke Malaysia untuk acara Jumpa Lee Min-ho yang dibawakan oleh Azarine dan Watson di IOI City Mall, Putrajaya.

Dalam acara tersebut, Lee Min-ho turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokonh karier seninya selama ini.

“Terima kasih Azarine kerana membawa saya ke Malaysia. Saya sangat gembira dapat kembali ke Malaysia dan berjumpa dengan peminat di sini. Terima kasih kerana hadir dan sentiasa ada bersama saya,” kata Lee Min-ho.

Terdahulu, Lee Min-ho dilantik sebagai duta produk kecantikan dan penjagaan wajah dari Indonesia, Azarine.

Dalam acara sama pelakon terkenal Indonesia, Prilly Latuconsina yang juga duta produk tersebut di Indonesia turut hadir memeriahkan acara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI