fbpx

Lebar jalan Simpang Renggam-Yong Peng Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja pelebaran Lebuh Raya Utara Selatan fasa ketiga di negeri ini yang bermula dari Simpang Renggam hingga ke Yong Peng Utara akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu merupakan hasrat yang telah lama disuarakan kerajaan negeri dan juga pengguna laluan berkenaan.

Menurut beliau, kerja-kerja pelebaran fasa pertama lebuh raya berkenaan iaitu dari Senai ke Sedenak telah dimulakan.

“Fasa pertama dari Senai Utara ke Sedenak melibatkan jarak 21 kilometer telah dimulakan, manakala fasa kedua dari Sedenak hingga ke Simpang Renggam telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Kita harap projek pelebaran lebuhraya itu akan dibuat sehingga ke Yong Peng Utara, jika boleh lebih jauh lagi kita mahu. Kita akan bawa cadangan ini kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Perasmian Highway Concession Conference (HCC) 2024 di Hotel Renaissance, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI