fbpx

Op Global: Pengantunan seksual, tumbesaran terbantut antara lima elemen jenayah dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lima elemen jenayah antara dikesan hasil saringan kesihatan yang dibuat terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal di bawah syarikat GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara elemen dikesan adalah penderaan fizikal dan mental kanak-kanak tersebut.

“Kita turut mengesan elemen pengantunan seksual kanak-kanak (child grooming), buruh kanak-kanak, pengabaian dan pembesaran malnutrisi (tumbesaran terbantut),” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tegas beliau, elemen jenayah tersebut memerlukan penilaian lanjut daripada kesihatan emosi terhadap mangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata seramai 149 orang mangsa berusia satu tahun hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Tindakan itu di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan.

“Baki mangsa kanak-kanak seramai 243 orang masih ditempatkan di Pulapol KL dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI