fbpx

Op Global: Ibu bapa mangsa sudah kenal pasti, tapi tidak tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal tersebut menerusi Op Global baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sudah kenal pasti kebanyakkan ibu bapa kepada 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari 20 rumah amal di bawah syarikat GISB Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu tersebut masih belum tampil untuk diambil keterangan.

Katanya, alasan diberikan mereka dipercayai tidak mengetahui anak mereka telah diselamatkan dari rumah amal yang diserbu.

Tambah beliau, ada juga ibu bapa tidak mengetahui itu anak mereka memandangkan pihak pengurusan GISBH mendakwa mereka adalah anak yatim.

“Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak ini telah pun di bin kan dengan Abdullah.

“Kita percaya ia berlaku disebabkan ibu bapa mereka berkahwin awal namun tidak berdaftar dengan pejabat agama, apabila mengandung baru dia mendaftar,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI