fbpx

53 mangsa banjir di Malau dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau salah sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Nangmah, Changlun hari ini.

JITRA – Seramai 53 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini apabila rumah mereka dilanda banjir, malam tadi.

Antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh yang terletak dalam Mukim Malau.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi, PPS tersebut dibuka pada pukul 9.16 malam tadi.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lapangan masih membuat pemantauan di lokasi banjir dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu memaklumkan, dua jalan negeri di kawasan itu turut dinaiki air sehingga terpaksa ditutup kecuali hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Antara jalan yang terjejas adalah Jalan Jitra/Bukit Wang dan Jalan Kampung Kelubi/Kampung Lahar/Kampung Tanjung.

Dua jalan alternatif yang dicadangkan iaitu Jalan Kampung Bata/ Kota Giam dan Jalan Jitra/Kelubi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI