fbpx

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Waja di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat R&R Tikam Batu, Sungai Petani malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tikam Batu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9 malam tadi itu, mangsa dikenali sebagai Lim Wei Xian, 28, maut di lokasi kejadian manakala pembonceng, Lim Ying Yan, 24, mengalami kecederaan patah kaki dan tangan kiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 9.04 malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki berusia 28 tahun didapati terperosok di bawah kereta Proton Waja manakala pembonceng wanita berusia 24 tahun patah kaki dan tangan kiri.

“Kita terpaksa menggunakan ‘air lifting bag’ untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat Wei Xian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala wanita yang cedera parah itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, di sini untuk rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI