fbpx

Lebih RM500,000 wang GISBH dibekukan, babit 96 akaun- KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara premis yang digempur polis menerusi Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 akaun bank berkait dengan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dibekukan bernilai RM581,552 susulan serbuan Op Global, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut selepas siasatan dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

“Sehingga kini sebanyak 96 akaun bank melibatkan GISBH yang berjumlah RM581,552 telah dibekukan.

“Dalam pada itu, sebanyak empat akaun telah ditutup,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI