fbpx

Kereta milik Md. Rajihan ditemui, mangsa masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Waja yang dinaiki Md. Rajihan ditemui kira-kira 100 meter hari ini dari lokasi dia dilaporkan hanyut dibawa arus deras petang semalam.

KLUANG – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ke atas seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika melalui Jalan Batu Pahat-Mersing, Batu 18, Kahang di sini petang semalam berjaya menemui kereta yang dinaiki mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek berkata, kereta Proton Waja milik Md. Md Rajihan Junaidi, 28, ditemui pada pukul 6.10 petang hari ini.

Menurutnya, kereta itu ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan dihanyutkan air deras.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas iaitu ‘gripping iron’ besi bermagnet untuk mengesan lokasi kereta mangsa.

“Kereta dapat dijumpai namun mangsa tiada di dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Akob berkata, kereta tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi SAR ditangguhkan pada pukul 6.30 petang dan akan disambung pagi esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI