fbpx

UCL: Liverpool elak malang berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berdepan kekalahan mengejut kepada Forest kelmarin ketika mereka bakal memulakan tugas di pentas Eropah berdepan Milan. - AFP

LONDON – Liverpool kini berada dalam situasi tersepit untuk segera keluar daripada episod kecewa sebelum hadapi tugasan lebih mencabar berdepan AC Milan di San Siro pada saingan Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Selepas dipalit kekalahan 0-1 kepada Nottingham Forest, The Reds perlu memastikan perubahan drastik untuk memastikan kelab itu mampu keluar daripada kekecewaan buat kali kedua berturut-turut.

“Jelas sekali semua orang merasai kekecewaan ini, tetapi kekalahan itu memberikan peringatan buat kami yang Liverpool akan berdepan satu lagi tugasan penting selepas ini.

“Kami kena bangkit dan perlu gunakan tempoh yang ada untuk memikirkan tentang pemulihan. Walaupun pasukan masih lagi dipalit kecewa, tetapi itulah yang kami perlu lakukan sekarang,” kata tonggak pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk.

Pendirian sama turut dinyatakan oleh pengendali The Reds, Arne Slot yang melabel AC Milan sebagai lawan yang sukar dan hanya persiapan lebih baik mampu mengelak daripada kekalahan.

Menyedari keadaan semasa pasukan, Slot menjelaskan bukan hanya perubahan perlu dilakukan, tetapi dia turut memerlukan komitmen daripada semua pemain.

“Perlawanan dengan AC Milan? Kami bersiap sedia seperti pasukan lain, namun jika saya melakukan perubahan selepas kami tewas, ia adalah tugas biasa yang saya perlu lakukan dan harapan sokongan daripada pemain.

“Kami akan berdepan perlawanan yang berbeza dan berdepan pasukan yang penuh dengan pemain berkualiti menyebabkan tugas itu tidak mudah,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN