fbpx

EPL: Arsenal raih hatrik ‘tawan’ Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABRIEL meledak gol tunggal perlawanan ketika Arsenal berjaya menundukkan Spurs buat kali ketiga berturut-turut untuk aksi derbi London di gelanggang lawan. - AFP

LONDON – Arsenal bernasib baik apabila berjaya meraih kemenangan ke atas seteru setempat, Tottenham Hotspur 1-0 di gelanggang lawan kelmarin ketika mereka gagal memberikan aksi yang benar-benar solid.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui mereka mempamerkan aksi yang buruk dan goyah, namun bernasib baik mampu menjaringkan gol menerusi tandukan hasil sepakan penjuru untuk meraih kemenangan dan mengejar kedudukan pendahulu, Manchester City.

Gol tunggal perlawanan menerusi Gabriel Magalhaes pada babak kedua menyaksikan The Gunners berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut pada aksi derbi London menentang Spurs di hadapan penyokong lawan.

“Saya tidak begitu tenang kerana pertemuan terakhir kami mendahului 3-0 sebelum perlawanan tamat dengan 3-2 apabila mereka cuba bangkit.

“Mereka memberikan segala-galanya untuk aksi kali ini, tetapi saya fikir kami lebih utuh bertahan, mempamerkan permainan tersusun dan tidak begitu banyak melakukan kesilapan walaupun ia bukanlah aksi terbaik yang pernah kami pamerkan,” katanya.

Arsenal turun dengan kesebelasan tempang apabila kehilangan khidmat Martin Odegaard dan Mikel Merino akibat kecederaan, manakala tonggak tengah bertahan, Declan Rice pula terpaksa menjalani penggantungan.

“Sekiranya anda mahu memenangi perlawanan seperti ini, anda perlu lakukan banyak perkara walaupun tidak mampu untuk bermain dengan ‘cantik’ dan menyesuaikan diri dengan cepat untuk bermain dengan cara tersebut adalah satu penghormatan,” jelasnya.

Kemenangan tersebut juga penting untuk meningkatkan motivasi pemain sebelum Arsenal bakal turun menentang Manchester City di Etihad pada hujung minggu ini ketika mereka hanya ketinggalan dua mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI