fbpx

D’Jue Wellness Centre bantu pelanggan hidup lebih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Jue menunjukkan pelbagai produk keluaran syarikatnya di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Bukan semua golongan profesional boleh berjaya dalam perniagaan jika tiada strategi mantap untuk melaksanakan hal ehwal pengurusan, pentadbiran dan kewangan syarikat.

Minat, pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang kerjaya profesional itu bukan menjanjikan kejayaan dengan membina empayar perniagaan jika tanpa mendapat bimbingan yang wajar daripada mentor dalam bidang perniagaan.

Lebih tragis apabila perniagaan yang dioperasikan secara tradisional dalam era yang semakin moden dengan lokasi rangkaian perniagaannya yang terletak di kawasan luar bandar, kurang mendapat perhatian masyarakat  telah menyebabkan seorang doktor wanita ini semakin terhimpit dengan kemelut kewangan seterusnya  menambah jumlah hutang.

Dalam tempoh kritikal  itu, Dr. Siti Juariah Kusni atau lebih mesra dipanggil Dr. Jue , 62, berdepan dengan cabaran dalam perniagaannya sehingga terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kegagalan menguruskan perniagaan di kliniknya selain berdepan dengan pesaing daripada klinik-klinik yang lebih berdaya saing.

Dalam masa yang sama,  beliau turut diuji lagi dengan masalah kesihatan kerana apabila seseorang itu menghadapi tekanan dengan kemelut kewangan perniagaan yang serius, pastinya mengundang kedukaan dan seterusnya mencetus menanggung segala penyakit berbahaya.

Antara penyakit yang dialaminya pada tahun 2011 adalah autoimmune sehinggakan beliau yang merupakan seorang doktor terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit di hospital lain, makan ubat pelbagai jenis biji setiap hari dan terpaksa berpantang dan menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Apabila sudah lama bergelumang hidup sebagai pesakit dan terpaksa makan ubat setiap hari, Siti Juariah mula bangkit daripada kelemahannya itu dengan mengubah cara hidup untuk menjadi seorang yang lebih sihat dan bersemangat.

Bermula di situ beliau mula mencari jalan penyelesaian kepada penyakitnya dengan mencari punca secara menyeluruh kepada akar umbinya dan proses tersebut bermula secara berperingkat-peringkat sehinggalah ia berjaya keluar daripada kemelut tersebut.

Antara perkara utama yang diamalkannya adalah berpuasa dan juga mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanannya dan pelbagai disiplin lain yang membolehkan ia kembali sihat.

Beliau yang sebelum ini obesiti dan kerana penyakitnya terpaksa berkerusi roda kini kembali langsing, sihat, ceria dan bersemangat untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk kembali sihat dengan mengubah cara hidup ke arah lebih bermanfaat.

Formulanya itu telah dikongsikan bersama masyarakat melalui platform media sosial sejak tahun 2018 tetapi itu hanya dengan beberapa orang sahaja yang menonton dan kini beliau sudah memiliki ribuan pengikutnya.

Beliau tidak putus asa dalam usahanya meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang amalan pemakanan, cara hidup yang sihat kerana niatnya yang utama adalah untuk membantu mereka yang sedang menderita menanggung kesakitan.

Siti Juariah yang masih mengoperasikan kliniknya di Labis, Johor aktif menyampaikan tips-tips kesihatan di media sosial dan dalam masa yang sama beliau meluaskan cabang perniagaannya dengan membuka D’Jue Wellness Centre (D’Jue Wellness) untuk membantu pelanggannya mengubah cara hidup untuk menikmati tahap kesihatan yang lebih baik.

Selain menjual produk, pusat kesihatan itu juga menawarkan perkhidmatan berbekam.

Dalam masa yang sama, usahawan ini turut memperkenalkan beberapa produk keluaran syarikat untuk membantu pelanggannya mencari produk makanan alternatif  yang lebih sihat seperti tepung, minuman dan minyak masak.

Produk keluaran syarikat adalah tepung barli, tepung almond, tepung kelapa, psylium husk, Lat.to (pengganti gula yang dihasilkan daripada  monk fruit & erythritol), minyak kelapa dara organik berjenama OOCO, minyak kelapa MCT Boolet dan juga minuman organik, Juevive.

“Harga jualan adalah daripada serendah RM20 hingga RM160 seunit dan semuanya boleh didapati melalui tempahan secara online daripada kumpulan penjual D’Jue Wellness Centre,” jelasnya.

Tambah beliau, produk tersebut telah menjalani kajian dan pembangunan yang teliti bagi menghasilkan barangan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Sehingga kini produk jualannya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ia adalah antara 5,000 hingga 10,000 unit sebulan.

Doktor tersebut tidak lokek ilmu memberi bimbingan dan tips kepada pelanggan yang membeli pelbagai produknya untuk mengolahnya menjadi menu sihat dan menyelerakan agar mereka terus setia mengamalkannya.

Terdapat beberapa pakej ‘coaching’ yang ditawarkan kepada pelanggan secara peribadi yang ditawarkan pada harga serendah RM700 bergantung kepada tahap kesihatan seseorang individu itu.

Beliau percaya, bimbingan secara ‘coaching’ bersemuka dan online dengan seseorang pelanggan boleh memberi semangat yang lebih kuat bagi mereka untuk menempuh dugaan sebagai pesakit dan mengamalkan segala bentuk disiplin yang membolehkan mereka kembali sihat.

Melihat kepada industri penjagaan kesihatan yang semakin luas skop perniagaannya, beliau yang memiliki pengalaman yang banyak dalam bidang ‘coaching’ dalam membantu pelanggan mengamalkan hidup sihat turut menganjurkan beberapa siri seminar yang diadakan sebelum ini.

Program terbaharunya adalah pada bulan November ini dan menjangkakan seramai lebih 1,000 peserta akan hadir dalam seminar kesihatan yang adakan diadakan selama sehari itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI