fbpx

Berpegang teguh dengan Ahli Sunnah wal Jamaah – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (dua dari kanan) berkenan bersalaman dengan rakyat jelata yan menghadiri sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar umat Islam sentiasa berpegang teguh dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah bagi mengelakkan perpecahan dan perselisihan yang boleh merosakkan perpaduan ummah negara ini.

Baginda bertitah, penyatuan di bawah payung Ahli Sunnah wal Jamaah yang merupakan aliran utama dianuti umat Islam di dunia dan negara ini penting dan keperluan mendesak pada masa kini.

“Ahli Sunnah wal Jamaah atau dikenali sebagai Sunni adalah golongan majoriti dalam dunia Islam yang berpegang teguh kepada ajaran dibawa Nabi Muhammad dan difahami para sahabat Baginda.

“Dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar dan murni, kita dapat menghadapi segala cabaran dan ancaman yang mendatang,” titah baginda pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.

Sultan Mizan bertitah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) serta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
sentiasa memastikan umat Islam di Terengganu berpegang teguh dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Baginda bertitah, Ahli Sunnah wal Jamaah yang diikuti umat Islam negara ini termasuk Terengganu beraliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah daripada aspek akidah, bermazhab Syafie dan meraikan mazhab muktabar lain (syariah) danImam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali (tasawuf).

Dalam perkembangan sama, Sultan Mizan bertitah agar pendidikan agama Islam diberi penekanan sejak usia muda bagi membentuk generai berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Titah baginda, peranan ibu bapa, sekolah dan institusi masjid amat kritikal bagi mendidik generasi muda berkenaan.

“Beta menyarankan agar program-program yang memupuk akhlak mulia dan sahsiah terpuji di kalangan anak-anak muda diperkasakan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI