fbpx

Choong Hann positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Pengarah Kejurulatihan, Wong Choong Hann positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Menjelang kejohanan Sirkit Asia yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 12 Januari ini, 39 pemain serta jurulatih yang menjalani ujian calitan didapati negatif, kecuali Choong Hann.

Selepas rundingan diadakan bersama beberapa agensi kerajaan, skuad badminton negara dibenarkan menyertai kejohanan tersebut dan dijangka berlepas ke Bangkok esok.

Difahamkan, sebaik tiba di sana, pemain-pemain negara perlu menjalani perintah kuarantin sehingga 11 Januari dan dijangka melakukan beberapa ujian calitan sebelum pulang ke tanah air.

Sebagai rekod, pemain, jurulatih serta pegawai yang akan menggalas misi negara di Bangkok nanti perlu menjalani kira-kira lima hingga enam ujian calitan.

Selain menggalas misi negara, para pemain turut membawa harapan besar Choong Hann yang mahu melihat mereka membuktikan kemampuan masing-masing selepas bekerja keras selama beberapa bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI