fbpx

Petronas taja biasiswa RM320 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. BAKKE (tengah) bersama sebahagian penrima biasiswa dalam majlis penyampaian yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Petronas mengumumkan penajaan biasiswa bernilai RM320 juta buat 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dari seluruh negara.

Dipilih daripada 5,847 pemohon, penerima dinilai berdasarkan kecemerlangan akademik, potensi kepimpinan dan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Para penerima biasiswa akan melanjutkan pelajaran mereka di universiti tempatan dan antarabangsa terkenal termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan dan Jepun.

Sejak 1975, Petronas telah melabur RM3.81 bilion dalam biasiswa pendidikan yang memanfaatkan lebih 39,000 pelajar.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh berkata, sejak 50 tahun lalu, pihaknya komited untuk memupuk pengetahuan dan pembangunan modal insan.

“Inisiatif Powering Knowledge kami membuktikan komitmen untuk memupuk usaha akademik kedua-dua pelajar dan pendidik, memastikan mereka dilengkapi untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin dinamik.

“Kami berdedikasi untuk membantu mereka membuat sumbangan bermakna kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI