fbpx

Baru 3 hari 57,003 rakyat Malaysia masuk Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seramai 57,003 rakyat Malaysia memasuki negara jiran melalui dua pintu sempadan di Kedah dalam masa tiga hari sejak Khamis lalu sehingga tengah malam tadi.

Jumlah itu dijangka terus meningkat susulan cuti sekolah serta cuti umum Hari Malaysia.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kedah, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, seramai 51,000 pelawat keluar melalui pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sejak Khamis, manakala 6,003 lagi menerusi ICQS Kota Putra.

Orang ramai merebut peluang untuk bercuti ke destinasi popular di negara jiran seperti Hatyai.

“Dalam usaha berdepan peningkatan bilangan pelawat, kita mengambil langkah proaktif membuka enam kaunter tambahan di pintu sempadan bagi menampung keperluan yang semakin mendesak,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai agar merancang perjalanan dan mematuhi peraturan imigresen terutama di pintu masuk popular seperti ICQS Bukit Kayu Hitam dan ICQS Kota Putra.

“Perancangan yang rapi bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan, malah menjamin kelancaran perjalanan. Pastikan pasport anda sah dan lengkap sebelum ke sempadan.

“Selain itu, periksa juga status perjalanan imigresen terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah pada saat akhir seperti isu cukai pendapatan atau rekod kesalahan yang boleh menghalang perjalanan ke luar negara,” ujarnya.

Katanya, pihaknya juga menyarankan insurans perjalanan yang lengkap berikutan kejadian pelancong Malaysia mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas terlibat kemalangan di Thailand gara-gara tidak mengambil insurans lengkap.

“Pastikan semua persediaan dibuat dengan teliti termasuk insurans perjalanan bagi mengelakkan percutian bertukar menjadi mimpi ngeri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI