fbpx

Suami kerat, kisar mayat ratu cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan Kristina. - Foto Instagram/Kristina Joksimovic

GENEVA – Sebuah mahkamah di Switzerland menolak rayuan seorang suami yang didapati bersalah mencekik hingga mati bekas ratu cantik Miss Switzerland, Kristina Joksimovic dan mengerat tubuh mangsa sebelum dagingnya diadun dalam pengisar, lapor portal berita MailOnline.

Lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama samaran Thomas, mengemukakan rayuan supaya dia dibebaskan.
Mayat model Kristina, 38, yang merupakan isteri tertuduh ditemui di dalam rumahnya pada Februari lalu di Binningen, Switzerland.

Rayuan Thomas, 41, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan di Lausanne pada Rabu lepas selepas dia mengaku membunuh isterinya.

Keputusan bedah siasat menunjukkan mayat Kristina dikerat di dalam bilik cucian dengan menggunakan gergaji, pisau dan gunting

Siasatan yang masih berterusan merumuskan terdapat petunjuk jelas bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan penyakit mental.

Thomas yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, dia membunuh Kristina untuk mempertahankan diri selepas wanita tersebut menyerangnya dengan sebilah pisau.

Dia mengaku mengerat tubuh bekas model yang mempunyai dua anak itu ketika berada dalam keadaan panik.
Mayat Kristina ditemui pada petang 13 Februari lalu manakala suaminya ditangkap sehari kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI