fbpx

Banjir landa negara Eropah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menyelamatkan seorang warga emas daripada air banjir yang semakin meningkat di kampung Slobozia Conachi, Romania kelmarin. - AFP

BUCHAREST – Romania membuka kem pemindahan dan melancarkan operasi menyelamat selepas banjir mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan memusnahkan beribu-ribu rumah di timur negara itu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Bot dan pesawat tentera digunakan untuk memindahkan orang ramai ke tempat yang selamat, manakala Perdana Menteri Marcel Ciolacu berkata, keutamaan adalah untuk mengelakkan kehilangan lebih banyak nyawa.

Hujan lebat melanda Eropah tengah dan timur beberapa hari kebelakangan ini, yang menyaksikan sungai-sungai melimpah dan mencetuskan amaran banjir di Romania, Republik Czech, Poland, Austria, Slovakia dan Hungary.

Penghadang banjir di ibu negara Czech, Prague telah dinaikkan, manakala di beberapa bahagian, penduduk Poland turut dipindahkan.

Menteri Dalam Negeri Poland, Tomasz Siemoniak berkata, keadaan sukar di kawasan sekitar empat sungai.

Di barat daya, Sungai Biala telah melebihi paras selamat sebanyak 2 meter, dan terdapat kebimbangan khusus bagi bandar-bandar berdekatan iaitu Morow dan Glucholazy.

Sementara itu, di Republik Czech, amaran banjir tertinggi telah diisytiharkan di 38 lokasi berbeza, manakala di ibu kota, Prague, penghadang banjir telah dinaikkan.

Di Austria, yang mengalami bulan Ogos paling panas sejak rekod bermula, banyak wilayah meramalkan hujan sehingga 10 hingga 20 sentimeter dalam masa beberapa hari. 

Banjir dan tanah runtuh beserta angin kencang diramal berlaku di bandar ibu kota, Vienna, manakala salji lebat di bahagian barat juga menyebabkan gangguan perjalanan.

Hujan lebat berterusan juga dijangka merentasi sempadan di negeri Bavaria, Jerman. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI