GUA MUSANG – Laluan di FT185, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku runtuhan tanah dari lereng bukit yang menimbus laluan kedua-dua arah.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang apabila hujan lebat berterusan mengakibatkan kegagalan struktur tanah.
Laporan lanjut menyusul.