fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga pukul 11 nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera dan Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

“Selain itu; amaran juga dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, hujan lebat dan angin kencang juga diramal melanda selurubh Negeri Sembilan pada pagi ini.

“Amaran sama dijangka berlaku di Melaka melibatkan daerah Alor Gajah serta di Johor iaitu di daerah Batu Pahat dan Pontian.

“Di Sabah pula, amaran ribut petir dikeluarkan di daerah Pedalaman (Kuala Penyu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI